CMDF sedia RM30J tingkatkan ilmu, kebolehpasaran 9,000 graduan universiti awam, swasta
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk membangun bersama Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam pasaran modal.
Pengerusi SC, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin, berkata CMGP bertujuan meningkatkan ilmu dan kebolehpasaran seramai 9,000 graduan universiti awam dan swasta terutama bagi industri pasaran modal dalam tempoh tiga tahun.
Katanya, ia juga dibiayai melalui peruntukan sebanyak RM30 juta oleh Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF) iaitu buah dana yang diurus oleh industri pasaran modal sendiri.
Kolaborasi antara institusi
Beliau berkata, program itu mengembeling kerjasama dan kolaborasi antara institusi pasaran modal dan universiti membantu menghasilkan graduan yang lebih bersedia untuk diterap ke dalam pasaran modal.
“Ini akan mengurangkan defisit tenaga mahir di pasaran modal, pada masa yang sama, mempertingkatkan kebolehpasaran graduan.
“Terdapat ramai graduan yang ingin mendapat pekerjaan, pada masa sama pula ada kekurangan tenaga mahir yang getir dalam pasaran, seolah-olah ada ketidakpadanan penawaran dan bekalan.
“Sehubungan itu, adalah diharapkan Program CMGP juga boleh dijadikan sebagai pengantara atau matchmaker di antara graduan dan pasaran modal/* katanya dalam ucapan aluan di majlis menandatangani MoU CMGP di Kuala Lumpur, semalam.
MoU itu disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Mengulas lanjut, Awang Adek berkata, sebagai bekas pensyarah universiti dalam bidang ekonomi dan sekarang memegang jawatan pengerusi Universiti Sains Malaysia (USM), beliau cukup maklum bahawa pengetahuan mengenai pasaran modal adalah begitu terhad dalam kalangan pelajar dan pensyarah.
Oleh itu, katanya untuk menimbulkan minat dan kesedaran mengenai pasaran modal dalam kalangan mahasiswa universiti, SC berasakan perlu diwujudkan satu program yang tersusun, terancang dan konsisten untuk beberapa tahun bagi membolehkan graduan mendapat pekerjaan dalam pasaran modal.
“Inilah yangmenjadi punca kepada pembentukan CMGP Program ini akan disediakan untuk tempoh tiga tahun dengan peruntukan sebanyak RM30juta daripada tabung CMDE.
“CMGP dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat,“ katanya.